Baru je cakap nak cari kekasih, sekali dah ada jejaka yang berani serahkan jambangan bunga pada Cik B

ANAK kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B menerima sejambak bunga daripada seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di hadapan sebuah butik mewah. Cik B turut dilihat tersipu malu ketika menerima jambangan bunga berkenaan yang diserahkan sendiri lelaki tersebut di hadapan ibunya. Vida atau Hasmiza Othman, 53, yang berkongsi video tersebut di TikTok miliknya kelihatan terkejut dan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“Wah Cik B,” tulisnya ringkas di bahagian kapsyen video berkenaan. Sebelum ini, atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, mendapat perhatian apabila memuat naik video dia sedang berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara ditemani beberapa orang pengawal peribadi. Cik B menerusi kapsyen secara berseloroh memberitahu selepas mempunyai ‘bodyguard’ dia kini hanya perlu mencari kekasih hati. Sementara itu, menjengah ke ruang komen, warganet meminta Cik B berhati-hati dalam memilih pasangan.

Mereka bimbang personaliti media sosial itu terpedaya dengan lelaki mata duitan yang hanya mahu mengikis kekayaannya dan bukan benar-benar ikhlas mencintainya. Malah ramai menasihatkan agar dia tidak terburu-buru dalam mencari pasangan hidup sebaliknya memberi fokus kepada diri sendiri selain membantu ibunya mengembangkan perniagaan. “Jangan terburu-buru mencari cinta Cik B… Muda lagi, sekarang pun susah nak cari yang betul-betul ikhlas. Saya doakan Cik B dikurniakan insan yang benar-benar ikhlas. Tak tahulah lelaki itu betul-betul sukakan Cik B atau hanya kerana wang.

“Adakah lelaki itu akan bagi bunga dekat Cik B jika dia hanya seorang penjual air kelapa?,” komen warganet. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.