Tular video duet dengan Cakra Khan, ini pula pesanan Siti Nurhaliza buat Umai

Bakat dalam bidang seni adalah anugerah yang dikurniakan kepada mereka yang terpilih, tetapi jika bakat itu tidak ‘disulam’ dengan usaha maka ianya boleh menjadi sesuatu yang sia-sia. Seperti itulah pesanan yang dititipkan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kepada anak buahnya iaitu Ummi Umaira atau lebih dikenali sebagai Umai yang diberi peluang untuk berduet dengan penyanyi Indonesia, Cakra Khan dalam konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0. Klik sini untuk lihat video.

Siti yang membahasakan dirinya sebagai Mak Iti kepada anak kepada adiknya, Sairah itu menasihati agar Umai sentiasa belajar dan menghormati artis yang lebih senior. “Alhamdulillah, ini permulaan yang baharu. Masih jauh perjalanan Umai. Selalulah belajar dan jangan berhenti belajar. Bila orang puji, jangan meninggi diri ya Umai. Selalu hormat orang yang lebih senior (dewasa),” tulisnya. Malah, dalam komen yang ditinggalkan oleh Siti di Instagram milik anak buahnya itu, pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu juga mendoakan agar Umai sentiasa berjaya dalam apa sahaja yang dilakukan.

“Selalu rasa ada kekurangan. Mak Iti (panggilan Siti) doakan Umai berjaya dalam setiap apa yang dilakukan. Allah, Rasul, ayah dan ibu jangan sesekali dilupakan. Insya-Allah, selamat hidup,” tulis Siti. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.