Marissa Dania nampak macam malu malu bila suruh menari, sekali ini pula komen warganet

Marissa Dania malu-malu disuruh menari sewaktu menjayakan pengambaran untuk iklan satu jenama baju raya baru-baru ini. Perkongsian video tersebut diunggah oleh akaun leeyanarahman.co apabila tiga orang model diminta untuk melakukan sedikit pergerakan bagi pengambaran iklan baju raya tersebut. Dapat dilihat anak kepada selebriti, Abby Abadi dan Norman Hakim seakan ‘malu-malu kucing’ sewaktu rakan-rakan yang lain memaksanya untuk mengikuti sedikit gerakan menari. Klik sini untuk lihat video.

Dia yang enggan melakukan gerakan tersebut turut tergelak sambil menyatakan tidak akan menari. “Tak nak dan takkan menari” ujarnya ringkas. Perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian ramai dan pelbagai komen diterima di ruangan Instagram berkenaan. Walaupun rata-rata memerli remaja berusia 19 tahun itu yang malu untuk menari tetapi tidak pula malu ketika ‘sondol’ suami orang, namun masih ada yang menyokong tindakannya. Mereka menjelaskan bahawa Marissa Dania merupakan individu yang menghafal al-Quran dan pernah bertudung labuh tidak seharusnya dipaksa untuk menari di hadapan umum.

Terdahulu, wajah asli Marissa Dania Hakim tanpa solekan telah mendapat perhatian ramai dan ada di antara mereka melabel remaja terbabit sebagai ‘muka awam’. Dia yang baru-baru ini terpalit dengan kontroversi didakwa ‘menyondol’ suami orang dan sudah berkahwin di Thailand langsung tidak membuka mulut berhubung hal tersebut. Spekulasi berkenaan perkahwinannya diperkuatkan lagi apabila kakak ipar kepada lelaki bernama Aslam membenarkan bahawa remaja terbabit sudah berkahwin pada penghujung Disember lalu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.