Lama dah menyimpan rahsia, akhirnya Datuk Khazrul Elzey dedah ikatan pertunangan dengan Anju adalah palsu

USAHAWAN Datuk Khazrul Elzey mendedahkan ikatan pertunangannya dengan Zarina Anjoulie sebelum ini adalah sekadar rekaan yang dirancang aktres berkenaan. Khazrul, 46, mendakwa kisah pertunangan mereka adalah bertujuan untuk Zarina melonjakkan kembali namanya dalam industri hiburan tempatan. “Sebenarnya fasal tunang ini semuanya hanyalah satu rancangan Anju (panggilan Zarina) bagi melonjakkan kembali namanya. Selepas enam bulan dia putus tunang, dia kembali memujuk saya untuk membantunya. Jadi saya tolonglah sebab saya sayangkan dia. Saya tidak mahu salahkan sesiapa kerana niat saya hanya ingin membantunya,” katanya.

Dalam pada itu, Khazrul memberitahu dia tidak melihat ada sebarang ruang meneruskan hubungan mereka dan dia ingin menghentikan penipuan yang sudah berlarutan terlalu lama. Malah Khazrul menyifatkan hubungannya dengan Zarina sebagai toksik dan sudah tidak mahu mempunyai sebarang kaitan dengan pelakon kontroversi itu selepas ini. “Ini adalah hubungan yang toksik. Saya sudah tidak mahu terlibat lagi. Jodoh di antara kami mungkin tidak ada. Sampai bila saya nak bantu dia menipu diri sendiri? Saya tak mahu teruskan sebab sudah penat nak hadap benda ini,” ujarnya.

Tambahnya, hubungan mereka juga dilanda pelbagai masalah termasuk tidak mendapat restu daripada ibu Zarina iaitu Norzaini Abdul Hamid. “Masyarakat di luar sana banyak mendoakan saya mendirkan rumah tangga dengan Anju. Nak nikah di mana-mana pun boleh tapi masalahnya kena ada restu ibu. Saya dan Anju mungkin tak boleh bersama lagi sebab bagi saya restu keluarga itu sangat penting,” jelasnya. Sementara itu, Khazrul memberitahu dia pernah menasihatkan Zarina agar tidak lagi mencetuskan atau melibatkan diri dalam sebarang kontroversi namun aktres itu tidak mengendahkan permintaannya.

Khazrul memberitahu tindakan Zarina mencetuskan pelbagai kontroversi sebelum ini turut memberi impak negatif kepada kerjayanya sebagai usahawan. “Impaknya sangat negatif terhadap bidang kerja saya. Contohnya ada satu kes Anju dengan seorang pelakon, bercakap tentang perkara-perkara mengarut. Perkara tersebut telah mendapat liputan media. Bos-bos saya semuanya ada media sosial dan tahu tentang kontroversi yang terkait dengan Anju.

Mereka akan tanya kepada saya apa yang berlaku dan saya perlu terangkan semuanya. Jadi perkara itu tidak baik untuk diri dan kerjaya saya,” ujarnya. Pada 26 Januari 2023, Zarina mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan Khazrul namun tidak lama selepas itu, mereka tiba-tiba mengakhiri hubungan tersebut. Khazrul menerusi TikTok memberitahu dia bukan lelaki terbaik yang boleh bergelar suami kepada Zarina dan tidak menjelaskan punca sebenar hubungan mereka berakhir dengan perpisahan.

Bagaimanapun, pada September tahun lalu Zarina mengesahkan sudah kembali ke pangkuan Khazrul dan turut dilihat meraikan ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 9 September bersama lelaki berkenaan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.