Merupakan fasa baru dalam hidup, Mawar Rashid tak nak buka mulut tentang isu berpisah dengan bekas suami

SELEPAS sah berpisah dengan Raf Yaakob November tahun lalu, pelakon dan usahawan Mawar Rashid semakin gembira dengan kehidupan baharunya sebagai ibu tunggal. Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul, 29, turut menganggap fasa kehidupan kini sebagai ‘gelas kosong’ membawa gambaran dirinya yang baru. “Apa yang boleh saya cakap, saya gembira dan bersyukur dengan peluang yang saya terima sekarang. Saya juga bersyukur menerima sokongan daripada peminat.

“Ini adalah fasa baru dalam hidup saya, ini adalah diri saya yang baru. Semuanya baru, saya anggap diri saya seperti gelas kosong,” katanya. Mawar berkata perkara itu ketika majlis doa selamat dan sidang media filem Jangan Pandang Belakang 2 yang diadakan pada Isnin. Malah tambah Mawar, dia juga enggan berkongsi perihal peribadinya kepada umum kerana tidak mahu anak-anak mengetahui perkara itu. “Saya berpegang dengan prinsip saya untuk tidak berkongsi isu peribadi pada umum. Sebab saya ada anak-anak.

Nanti mereka besar, akan baca perkara yang tak sepatutnya,” ujarnya. Dalam pada itu, Mawar turut berkongsi mengenai keadaan kesihatannya yang kini semakin baik malah tidak lagi mengalami serangan panik. “Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik. Tiada lagi mengalami serangan panik. Walaupun ada beberapa dugaan besar dalam hidup saya, tapi saya kini lebih gembira,” ujarnya. Mawar berkata, meskipun berpisah, hubungannya dengan bekas suami juga dalam keadaan baik. Aktres itu berkata dia juga masih belum terbuka untuk mendekati lelaki lain memandangkan hanya ingin memberikan fokus kepada anak-anak.

“Belum ke arah itu sebab sekarang fokus kepada anak-anak. Hubungan dengan bekas suami pun Alhamdulillah masih baik,” katanya. Sebelum ini Mawar mengesahkan sudah berpisah dengan adik kepada chef selebriti Datuk Fazley Yaakob pada November tahun lalu disebabkan sudah tiada persefahaman. Untuk rekod, Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri pada 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.