Tak dengar cakap Shuib punya pasal, Watie dedah kena tpu dengan skim pelaburan sebanyak RM100k

Sebelum ini, isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan dirinya telah menjadi mngs penipuan atau ‘scm’ sebuah skim pelaburan sebanyak RM100,000. Terbaharu, Watie yang ditemui, baru-baru ini berkata, dia menyesal kerana tidak mendengar kata suamianya yang pernah menasihati agar tidak terlibat dalam pelaburan tersebut. “Mungkin juga perkara ini berlaku sebab saya tak dengar cakap suami. Sebab Shuib memang tak izin saya sertai skim ini sebenarnya. Dua tiga kali beritahu nak masuk dia cakap jangan.

Saya minta juga restu suami sebab takut kalau tak restu, banyak benda boleh jadi, tapi bila dah minta restu pun boleh apa-apa boleh terjadi. Nama pelaburan itu ‘kutu beli’, satu slot RM20,000. Saya masuk lima slot. Mujurlah Allah tarik duit, kalau tarik anak dan suami macam mana? Mungkin Allah nak tunjuk saya ini degil sebab ada duit sendiri. Suami sudah cakap jangan. Nasib baik Shuib tidak sertai saya, kalau tidak lagi banyak kami rugi. Orang perempuan bila ada pendapatan sendiri macam itulah. Saya pula memang jenis pantang dengar soal pelaburan yang mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda.”

Watie berkata demikian ketika ditemui pada majlis Zumba With Nora Danish and Elisya Sandha di TheISpace (Fabulous Room), TTDI, Kuala Lumpur, pada Sabtu. Tidak menyalahkan orang lain, Watie berkata dia mengambil pengajaran daripada insiden tersebut dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. “Saya tak mahu salahkan orang sebab penipu memang sentiasa ada, jadi kita perlu berwaspada. Individu itu sebenarnya ada inisiatif nak bayar balik kepada saya, tapi tak tahulah dapat atau tidak. Ini disebabkan individu berkenaan sudah ke luar negara. Tapi, apa yang saya belajar, jangan derhaka cakap suami. Kalau suami kata tidak, maksudnya jangan. Jangan pujuk-pujuk.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.