Tak menolak sekiranya kembali bersatu dengan Mawar Rashid, Raf Yaakob akui berpisah bukan sebab orang ketiga

BEKAS┬ásuami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob tidak menolak sekiranya mereka kembali bertemu jodoh selepas mengumumkan perpisahan pada 23 November tahun lalu. Kata Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 39, dia juga sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan calon yang terbaik buatnya di masa akan datang. “Soal jodoh semuanya ketentuan Allah. Apa yang saya boleh cakap ialah saya akan sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan jodoh baik-baik.

“Kalau Allah kata saya akan dijodohkan semula dengan dia (Mawar), maka dialah orangnya. Namun jika Allah kata bukan, maka bukanlah dengan dia,” katanya. Raf mengulas perkara itu dalam temu bual bersama program Melodi yang bersiaran pada Ahad lalu. Ini juga merupakan yang pertama kali Raf buka mulut soal perpisahan dia dengan Mawar kerana sebelum ini kedua-duanya lebih selesa mengunci mulut berkaitan hal berkenaan.

Menurutnya perpisahan yang terjadi antara mereka bukan disebabkan orang ketiga dan hubungan dia bersama Mawar masih baik selepas berpisah. “Saya ingin terangkan di sini bahawa perpisahan kami bukanlah disebabkan orang ketiga. Saya tiada orang ketiga dan begitu juga dengan Mawar. Allah sudah kata jodoh kami setakat ini saja, jadi saya reda dan terima ujian dengan hati terbuka.”

“Alhamdulillah, hubungan saya dengan bekas isteri baik-baik saja. Selepas berpisah, tiada siapa yang keluarkan sebarangan kenyataan,” ujarnya. Tambah adik kepada selebriti cef Datuk Fazley Yaakob ini, dia dan Mawar kini lebih fokus untuk membesarkan anak-anak mereka bersama dengan baik. “Selepas berpisah, tiada sebarang pergdhn membabitkan anak-anak. Kami sangat fleksibel soal anak-anak. Apa yang penting sekarang, saya mahu fokus untuk mencari nafkah buat anak-anak dan perbaiki diri saya sendiri,” jelasnya.

Untuk rekod Raf dan Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.