Tular madu muat naik gambar dekat mahkamah, sekali ini pula respon Adira Suhaimi

Penyanyi, Adira Suhaimi mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai tindakan madunya yang dikenali sebagai Datin Red yang memuat naik foto di hadapan sebuah mahkamah, baru-baru ini. Menurut Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 31, dia tidak mempunyai sebarang komen berhubung isu tersebut. “No komen, saya tiada sebarang komen mengenai perkara itu.” Adira berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba With Nora Danish dan Elisya Sandha di TheISpace (Fabulous Room), TTDI, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram Story, Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim memuat naik foto memperlihatkan dia berada di sebuah mahkamah syariah sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet. Dalam hantaran tersebut, dia turut berkongsi nukilan bahasa Arab yang membawa maksud meminta agar dirinya menyerahkan segala urusan kepada Allah. Sebelum ini, Adira menyatakan dia nekad untuk berpisah dengan suaminya iaitu Datuk Red atau Datuk Adnan Abu. Menurut pelantun lagu Ombak Rindu itu, dia tidak melihat sebarang usaha mahupun jalan lain selain daripada bercerai.

Adira telah memfailkan perpisahan terhadap suaminya pada 25 Oktober 2023. Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat telah menetapkan 5 Mac 2024 bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses perpisahan mereka. Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia 2 tahun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.