Minta daftarkan pernikahan di Malaysia, Abby Abadi sahkan Marissa dan Aslam telah nikah di Thailand

Kisah membabitkan anak pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania masih menjadi bualan hangat warganet di media sosial. Terbaharu, Abby Abadi membuka mulut menjawab segala persoalan ramai berhubung dakwaan yang membabitkan anak perempuannya itu. Menerusi satu temu bual bersama Gempak, Abby Abadi akhirnya mengesahkan anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti dakwaan yang tular baru-baru ini. Klik sini untuk lihat video.

“Saya memperakui Marissa dan Aslam menikah di Thailand. Sijil nikah mereka ada pada saya. Cuma saya mahu mereka selesaikan isu ini. Daftar pernikahan di Malaysia, sahkan ia kerana kita tinggal di Malaysia. Saya bimbang pernikahan di Thailand sah atau tidak sebab itu saya minta mereka daftar pernikahan di sini. Selesaikan benda yang belum selesai.” Dalam pada itu, Abby turut menceritakan kronologi bagaimana anak perempuannya itu boleh ‘hilang’ dan bernikah senyap-senyap di Thailand bersama Aslam.

“Saya tak tahu. Memang di luar jangkaan. Saya balik hari tu, suami tengok CCTV ada kawan perempuan Marissa di rumah. Lepas tu baru saya tahu dia dah terlepas ke Thailand. Rupanya dia letak kawan dia dekat rumah macam ganti dia supaya tak tahu dalam bilik tu tak ada orang. Sangat-sangat tak terjangka di akal.” Tambah Abby lagi, dia hanya mengetahui maklumat mengenai keberadaan Marissa di Thailand selepas mendapat bantuan daripada rakan polis. “Tapi saya tahu pun sudah lambat. Saya dapat kesan mereka di Thailand atas bantuan rakan polis. Saya beri maklumat dan mereka bantu jejak, tahu-tahu sudah di Thailand.

Saya hubungi anak tetapi tidak dapat mungkin telefon bimbit ditutup. Saya mengharapkan benda tidak berlaku, tapi berlaku. Saya cuba menidakkan ia tak sah tapi siapalah saya kalau sudah Allah kata itu yang terbaik untuk mereka.” Sementara itu, Abby mengakui sudah reda dengan pernikahan tersebut dan percaya apa yang terjadi itu adalah ketentuan dan takdir yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.