Ifa Raziah maklumkan Ruhainies buat keputusan untuk tarik diri daripada sertai festival jualan raya

PELAKON Ruhainies membuat keputusan menarik diri daripada menyertai festival jualan Starvendors KLCC Mega Raya Fest yang dijadualkan berlangsung pada 29 Mac hingga 1 April ini. Perkara tersebut dimaklumkan oleh penyanyi Ifa Raziah yang juga bertindak sebagai penganjur acara jualan tahunan itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menurut Ifa atau Saripah Raziah Mustapha, 49, tindakan tersebut dibuat kerana Ruhainies enggan menjejaskan perniagaan pihak lain yang turut terlibat dalam acara berkenaan.

“Ruhainies beritahu saya yang dia tarik diri. Dia dah lama fikir kerana tidak mahu perniagaan orang lain terjejas,” katanya. Ifa berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Jumaat. Dipercayai keputusan tersebut dibuat susulan kontroversi tangkap khlwt yang melibatkan dia dan pelakon Aliff Aziz. Sebelum itu Ifa juga menerima banyak kritikan apabila menyenaraikan Ruhainies sebagai salah seorang vendor yang terlibat dalam acara tersebut. Meluahkan rasa kecewa, Ifa merasakan tidak adil sekiranya ada pihak mahu memboikot acara tersebut hanya kerana penglibatan seorang artis yang berdepan kontroversi.

“Saya tidak boleh sebelahkan mana-mana pihak. Kedua-duanya (Ruhainies dan Bella Astillah) adalah adik saya. Saya dah kenal lama dan mereka cari rezeki berniaga. Janganlah disebabkan isu peribadi sehinggkan peminat tidak suka dan nak boikot. Kesian artis-artis lain yang berniaga juga,” luahnya. Dalam masa sama Ifa turut menasihati orang ramai agar tidak mudah meletakkan hkmn dan terus mendoakan mereka berdua. Daripada kita terus nak kritik, lebih baik doakan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,” jelasnya.

Pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan Aliff ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) di sebuah kondominium mewah atas tuduhan khlwt. Susulan kejadian itu, isteri Aliff iaitu Bella Astillah memfailkan cerai terhadap aktor itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan secara ekspres pada Isnin lalu. Kes berkenaan yang disebut pada Rabu lalu bagaimanapun ditangguh pada 4 April depan selepas Aliff tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.