Disahkan jatuh muflis sejak tahun 2019, Adira akui tetap bagi sokongan kepada Datuk Red

PENYANYI Adira Suhaimi berkata dia akan tetap memberikan sokongan moral kepada suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu walaupun usahawan itu sudah jatuh muflis sejak tahun 2019. Sebagai isteri, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 33, sentiasa memberikan sokongan kepada Adnan atau lebih dikenali Datuk Red kerana masih mahu berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. “Saya macam mana pun tetap beri sokongan kepada Datuk Red selagi dia mahu berusaha (ubah kehidupannya). Saya akan sentiasa sokong.”Saya cuba bantu apa yang saya boleh antaranya adalah bagi dia semangat,” katanya pada Rabu.

Dalam masa sama, Adira juga berharap agar orang ramai turut memberikan sokongan dan semangat kepada suaminya itu untuk terus bangkit kembali. Ibu kepada empat orang cahaya mata itu juga meminta supaya warganet tidak mengkritik dan memburukkan keadaan Datuk Red. “Kalau dia nak berusaha itu, Alhamdulilah. Jangan bagi dia ‘down’ lagi, harap semua orang bagi dia semangat. “Memandangkan dia sedang berusaha ini, kita bantulah apa yang boleh tolong,” ujarnya.

Adira bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pengorbanan yang dilakukan sejak lima tahun kebelakang supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan. Sebelum ini, menerusi satu temu bual, Datuk Red mendedahkan dirinya diisytihar muflis sejak 2019 dan tidak lagi mempunyai pendapatan tetap. Sejak itu, Adira terpaksa menanggung kehidupan keluarganya oleh kerana Datuk Red tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perpisahan terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.