Anak Liza Abdulllah jadi perhatian warganet, sekali ramai yang offer nak jadi menantu

Anak kepada pelakon senior Liza Abdullah iaitu Zulsyahmi Naqib menjadi perhatian warganet menerusi sebuah video yang tular di media sosial. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @tv3Malaysia di TikTok, dapat dilihat kemesraan Liza dan anaknya yang berusia 22 tahun itu dalam sebuah rancangan berbuka puasa. Berdasarkan video berkenaan, Liza dilihat sedang memasak juadah berbuka puasa bersama-sama anak lelakinya. Hubungan mesra ibu dan anak dapat dilihat apabila pelakon 7 Hari Mencintaiku ini sempat bermanja dan bergurau senda dengan anak lelakinya. Klik sini untuk lihat video.

Sebelum ini, Naqib pernah meraih perhatian ramai apabila muncul bersama ibunya dalam sebuah temu bual oleh media hampir setahun lalu. Kini, pemuda itu kembali menjadi bualan ramai setelah muncul di dalam rancangan Jom Berbuka yang ditayangkan pada Ahad menerusi saluran TV3. Menjengah ke ruangan komen, rata- rata warganet dilihat berseloroh menyatakan hasrat untuk menjadi menantu kepada aktres berkenaan.

Dalam pada itu, wajah Naqib turut disamakan dengan penyanyi terkenal, Tomok dan selebriti antarabangsa, Justin Timberlake. Untuk rekod, Naqib adalah anak ketiga daripada empat orang adik beradik yang merupakan hasil perkahwinan Liza dengan bekas suaminya, Zolkifly Abdul Rahman. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.