Doakan urusan ank dipermudahkan, ibu muat naik video Aliff Aziz baru selesai solat jemaah

SELEPAS namanya hangat diperkatakan susulan kontroversi tangkap khalwat, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz kini dipercayai berada di Singapura pulang bertemu keluarganya. Perkara itu dikongsi oleh ibu Aliff sendiri iaitu Siti Hafiza yang memuat naik video pendek memperlihatkan anaknya itu berada di depan mata. Menerusi kapsyen yang ditulis, Hafiza turut berdoa agar segala kesulitan yang dilalui oleh anak lelakinya itu akan berakhir.

“Dalam setiap kesulitan pasti akan dipermudahkan,” ungkapnya. Dalam rakaman video berkenaan juga kelihatan Aliff sedang membacakan doa yang turut disertai oleh bapanya. Sementara itu dalam beberapa hantaran semula di Instastory, Hafiza turut berkongsi beberapa klip ceramah nasihat kepada seseorang untuk berdiam ketika dihina. Dia juga sebelum ini juga pernah menulis luahan agar sentiasa berdoa tatkala berdepan ujian yang dipercayai sebagai kata-kata semangat buat Aliff.

Nama Aliff kembali panas menjadi bualan ramai sejak 9 Mac lalu apabila dia ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) atas dakwaan khalwat bersama pelakon Ruhainies. Susulan kontroversi itu isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah pula memfailkan pisah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 13 Mac lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.