Baru nikah seminggu tapi isteri dah hamil 3 minggu lebih, Isa Isarb kongsikan penjelasan doktor tentang bunting pelamin

Pempengaruh YouTube, Isa Isarb mendedahkan isterinya, Lisa Nosra atau nama sebenarnya Siti Nurliana Alisa Mohd Zakri kini hamil selepas tujuh hari bernikah. Berita gembira itu dikongsikan Isa sendiri menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok. Menerusi video tersebut, Isa atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman yang sedang duduk di atas sebuah kerusi ketawa kegembiraan sambil menunjukkan ujian kehamilan isterinya itu di hadapan kamera. “Isteri saya berikan ujian kehamilan ini tapi sekarang dia tak ada dengan saya sebab dia pergi beli barang.

Saya kena gelak jahat sikit, Alhamdulillah ini rezeki selepas tujuh hari (bernikah).” Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram (IG) Story, Isa menguatkan lagi kesahihan berita gembira itu apabila memuat naik hantaran mesej menerusi aplikasi WhatsApp bersama bapanya. Sekadar info, Isa dan Lisa selamat diijabkabulkan dalam satu majlis yang diadakan di DD’NEZ Event Space pada 10 Mac yang lalu. Isa memberikan mas kahwin berjumlah RM300 kepada Lisa dalam satu majlis yang turut dihadiri rakan terdekat serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Klik sini untuk lihat video.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.