Ramai yang salah faham, rupanya ini sebab Riena Diana pergi ke butik pengantin

KEHADIRAN pelakon Riena Diana ke sebuah butik milik seorang pereka fesyen baru-baru ini menimbulkan tanda tanya ramai sehingga ada yang membuat andaian dia bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Menjelaskan perkara tersebut, Riena atau Nur Qamariba Diana Zulreal, 27, memberitahu tujuan dia berkunjung ke premis berkenaan hanya untuk membuat tempahan baju raya dan bukannya persalinan bernikah seperti sangkaan ramai. “Saya pergi ke sana sebab nak buat baju raya. Bertenanglah,” katanya.

Riena berkongsi perkara tersebut dalam satu video di Insta Story miliknya pada Jumaat. Dia sebelum itu turut memuat naik gambar ketika berada di butik milik Ari Wedding Couture. Kehadirannya itu membuatkan ramai yang salah faham apa lagi butik berkenaan cukup terkenal menghasilkan rekaan pengantin termasuk golongan selebriti. “Saya rasa anda semua sudah salah faham. Kenapa ramai yang hantar DM dan ucapkan tahniah? Ramai yang cakap saya nak kahwin.

“Saya ni ‘bakal’ pun belum ada. Tak kan nak kahwin dengan diri sendiri,” jelasnya. Meskipun dihujani dengan pelbagai soalan tentang perkahwinan, Riena dilihat cukup tenang dan terbuka menjawab kekeliruan yang timbul. Riena sebelum ini pernah menegaskan enggan lagi mengulas perkara tersebut selepas kisah cintanya sebelum ini hangat menjadi bualan ramai. Ogos tahun lalu, Riena memaklumkan sydah kembali solo selepas hubungan dengan bekas kekasih yang dikenali sebagai Afiq berakhir.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.