Tengah hangat pasal gosip Aliff Aziz dan Ruhainies, Seniman sedia untuk bantu kalau Aliff Aziz ada masalah mental

Seniman sedia bantu Aliff Aziz sekiranya pelakon itu mengalami masalah mental susulan kontroversi tangkap khlwt yang juga membabitkan pelakon, Ruhainies pada 9 Mac lalu. Menurut temubual bersama HLive, presidennya Zed Zaidi menyifatkan apa yang terjadi kepada Aliff lebih kepada masalah diri sendiri dan tiada sama sekali kaitan dengan industri ini seperti terjadi sebelum ini yang juga merupakan isu sama. Namun, dia menyatakan sekiranya Aliff mengalami masalah mental dan memerlukan bantuan daripada pakar psikologi, Seniman akan sedia membantunya.

“Saya merasakan mungkin dia (Aliff) mempunyai masalah psikologi, dan kami sebagai Seniman bersedia untuk menyediakan kaunselor untuk membantunya,” ujar Zed Zaidi. Ditanya mengenai hukuman yang akan dikenakan, Seniman belum boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap pelakon berusia 33 tahun itu atas sebab menunggu keputusan Jabatan Agama Islam terlebih dahulu. “Alif masih belum ditetapkan bersalah atau tidak, oleh itu kami masih menantikan keputusan tersebut. Sekiranya dia memang didapati bersalah, Seniman akan mengambil tindakan yang selari dengan keputusan mahkamah,” ulasnya lagi.

Susulan itu, orang ramai turut meninggalkan reaksi di ruangan komen Instagram HLive berkaitan pendapat Zed Zaidi mengenai isu Aliff dan Ruhainies ini. Walau bagaimanapun, Zed Zaidi menasihatkan bahawa kita tidak boleh menjatuhkan hukum sesuka hati kerana kita juga tidak mengetahui hal sebenar yang terjadi terhadap Aliff kerana apa sahaja yang berlaku perlu mengikut undang-undang.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.