Jual barangan terpakai milik anak, peminat tak sangka Anzalna Nasir seorang yang merendah diri dan tak sombong

SEORANG pengikut laman sosial Anzalna Nasir menyifatkan pelakon itu sebagai seorang yang merendah diri dan tidak sombong walaupun berstatus artis popular. Tidak hanya itu, individu berkenaan turut memuji sikap pemurah Anzalna kerana memberi potongan harga istimewa ketika membeli barangan terpakai milik anak lelakinya iaitu Eidrees. Kebaikan yang ditunjukkan Anzalna membuatkan individu tersebut tidak percaya dengan apa dialaminya.

“Saya rasa macam tak percaya awak terlalu baik dan rendah diri. Sejak dulu saya memang kagum sangat dengan seluruh keluarga awak. Saya ingat macam sombong rupanya tak! Memang pemurah betul, sudahlah beri saya banyak diskaun, siap beri hadiah lagi… Saya hargai sangat,” tulisnya. Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 36, turut berkongsi paparan tangkap layar mesej diterimanya di Instagram pada Ahad. Dalam mesej sama, individu tersebut turut mendoakan pelakon Dendam Aurora itu diberikan kesihatan yang baik bersama suami dan anak-anaknya.

“Awak sangat baik hati dan tidak hairanlah awak diberikan kehidupan sempurna. Saya doakan semoga Allah kurniakan kesihatan untuk anak-anak awak dan membesar menjadi anak soleh dan bijak,” ujarnya. Memberi respon terhadap pujian tersebut, Anzalna mengucapkan terima kasih kepada individu terbabit kerana sanggup datang dari Pulau Pinang untuk membeli pakaian terpakai anak-anaknya. “Alhamdulillah rezeki awak dan anak-anak. Terima kasih kerana sanggup datang dari Pulau Pinang.

Awak sangat baik hati, terima kasih kerana banyak membeli pakaian terpakai anak-anak saya. Nanti saya akan korek lagi cari baju-baju lama Eidrees,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *