Tengah sarat mengandung 8 bulan, Shila Amzah tampil jelaskan sebab dia tak berpuasa

Penyanyi Shila Amzah tampil menjelaskan sebab dirinya tidak dapat berpuasa sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Menerusi hantaran di Instagram, Shila menyatakan setiap wanita hamil mempunyai ketahanan badan yang berbeza. Selain sedang sarat mengandung lapan bulan, dia mengalami masalah tekanan drh atau hemoglobin (HB) rendah dan juga pembawa thalasemia. “Saya pembawa thalasemia makanya memang masalah tekanan drh rendah ni tak dapat dielakkan.

Jadi jangan lah kata ‘oh saya HB rendah boleh je puasa’. Badan orang kan lain-lain lagi pula saya mengandung. Mana lah boleh sama kan betul tak? Allahu ada dua golongan yang saya cukup malas nak layan. Golongan ‘baik beli’ dengan golongan ‘terpaling itu ini’. HB rendah ni memang agak masalah. Jalan sikit pening, berdiri lama pening. Ada satu hari tu nak pergi beli barang keperluan dengan Ubai, Ya Allah nak pitam pula. Makan ubat semua dah tapi itulah dugaan nak buat macam mana.

Doakan saya dan baby selamat sampai bersalin nanti, Insya-Allah.” Terdahulu, temu bual bersama Shila mengundang persoalan daripada netizen gara-gara dia tidak dapat berpuasa pada bulan Ramadan ini kerana tekanan drh rendah serta tidak disarankan oleh doktor. Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga dengan Ubai pada 4 Ogos 2023. Sebelum ini, Shila pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018 namun telah berpisah. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.