Suami dah banyak kali kantoi ada perempuan lain, ramai yang minta Bella Astillah jumpa dengan doktor

Pendedahan dibuat wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengakui dirinya kekasih kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz telah menyorot perhatian wargamaya. Terbaharu, seorang pengguna yang dikenali sebagai @shegotnuggets tampil memberikan pandangannya menerusi ciapan di aplikasi X. Menerusi ciapan tersebut, individu itu menyarankan pelakon, Bella Astillah untuk melakukan pemeriksaan kesihatan memandangkan Aliff berulang kali kantoi dengan ramai wanita.

“Bella sepatutnya buat pemeriksaan kesihaatan sekarang ini. This man (Aliff) is disgusting.”Ciapan tersebut turut meraih perhatian warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan individu terbabit. Terdahulu, Sarah mendedahkan dirinya ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu. Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhlwt dengan seorang aktres pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *