Abang Tesla bagi ruang isteri pertama tunaikan umrah, sempat jumpa dan bagi nasihat pada Aslam

PERSONALITI media sosial Abang Tesla memberikan ruang dan peluang kepada isteri pertamanya iaitu Nurmajdina menunaikan ibadah umrah bersama Umisya Mazlan pada Isnin. Menurut Abang Tesla atau Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, dia memberikan keizinan kepada isterinya itu menunaikan umrah bersama rakan-rakan perempuan atas tajaan sebuah agensi pelancongan dan umrah. Katanya, umrah itu secara tidak langsung membuka ruang kepada mereka bertukar pandangan dan mendapatkan sokongan antara satu sama lain.

“Kami biarkan bini-bini nombor satu yang pergi. Sebenarnya mereka perlukan circle untuk lepak bersama berkongsi pandangan. Jadi kami sebagai suami hanya memberi ruang kepada mereka untuk bergaul dengan circle (isteri pertama) pertama,” katanya. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram Abang Tesla, turut kelihatan Ahmad Aslam mengiringi Umisya sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah pada petang Isnin.

Abang Tesla sempat menyapa Aslam dan memberikan nasihat atas pengalamannya yang memiliki dua isteri Malah, dia sempat menasihati Aslam untuk menjadi lebih kuat kerana bukan semua lelaki mampu untuk berdepan ujian seperti mereka. “Saya hanya memberikan nasihat sebagai abang kepada adik. Saya beritahu dia untuk terus kuat kerana bukan semua orang dapat lalui masa-masa sukar seperti ini.

Kalau saya cerita lebih pun orang takkan faham jadi cukuplah saya dan Aslam yang tahu apa yang kami bualkan tadi,” ujarnya. Pada Ogos tahun lalu, Abang Tesla menjadi bualan hangat warganet selepas memuat naik video mengumumkan dirinya sudah berkahwin dua. Bagaimanapun, perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertama iaitu Nurmajdina. Lebih membuatkan isu ini hangat apabila Abang Tesla mengeluarkan kenyataan isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *