Ramai yang tertanya tanya pasal status rumahtangga, sekali Irma Hasmie minta warganet doa moga urusan dipermudahkan

Pelakon Irma Hasmie dalam keadaan baik selepas menjawab dakwaan suaminya, Redza Syah Azmeer yang memuat naik beberapa foto perkahwinan di laman sosial. Menurut laporan Harian Metro, Irma Hasmie atau nama sebenarnya Irma Hasmie Ibrahim yang enggan untuk mengulas lebih terperinci mengenai perkara tersebut meminta orang ramai agar mendoakannya supaya dipermudahkan urusan kelak.

“Mohon doa supaya Allah permudahkan segala urusan saya dan anak-anak serta Allah jaga dengan Rahmat-Nya. Doakan moga Allah beri ketenangan dan banyakkan rasa syukur. Apa yang yang penting Allah jaga hati dan fikiran kami (anak-anak),” katanya. Sejak semalam, kecoh di media sosial apabial Redza memuat naik gambar perkahwinannya di laman Instagram sekaligus mengundang tanda tanya status terkini, Irma Hasmie.

Sekadar info, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.