Sekali pandang nampak macam masak dalam singki, ramai yang terpegun tengok dapur masak chef ni

Untuk memasak makanan dalam kuantiti yang banyak, biasanya orang akan menggunakan kuali besar atau periuk kawah seperti yang kita lihat ketika merewang. Tapi korang pernah terfikir tak bagaimana cara chef hotel memasak? Tular sebuah video di TikTok, seorang chef sedang memasak mihun goreng dalam kuantiti yang banyak. Menerusi video yang dimuat naik oleh @hasifiothman, tempat masak yang dipaparkan seperti saiz sebuah singki. Malah, ada sebatang paip untuk memudahkan chef tersebut menuang air ketika memasak. Klik sini untuk lihat video.

Dalam video itu juga, dia turut menunjukkan cara membasuh dapur terbabit selepas selesai memasak. Video yang dikongsikan oleh chef terbabit telah meraih perhatian ramai. Rata-rata warganet yang melihat video itu berasa keliru melihat reka bentuk dapur yang digunakannya. Menurut beberapa individu di ruangan komen, dapur khas itu merupakan tilting pan iaitu sejenis dapur yang mempunyai pelbagai fungsi seperti memasak, menggoreng, memanggang, merebus dan mengukus.

Tilting pan ini banyak digunakan dalam hotel atau restoran besar untuk memasak dalam porsi yang besar. Katanya, harga tilting pan ini juga mencecah puluhan ribu. Fuh! Perkongsian video itu turut menarik perhatian para suri rumah kerana ia dilihat memudahkan kerja-kerja memasak di dapur untuk seisi keluarga. Sumber: Lobak Merah.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.