Kini berada di wad kecemasan Hospital Serdang, ini keadaan terkini Jaafar Onn

Pelakon veteran, Jaafar Onn kini di zon kritikal wad kecemasan Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang) kerana terdapat drh ketika membuang air besar. Menurut laporan, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh anak angkatnyam Hanif yang memberitahu ketika membuat pemeriksaan di klinik berhampiran, tekanan bp dan haemoglobin aktor itu berada di paras rendah.

“Dia (Jaafar) semalam buang air besar berdrh selain tekanan drh serta bacaan haemoglobinnya rendah. Malah doktor di klinik yang kami pergi pun kata tak boleh buat apa-apa dan kena bawanya ke hospital. Jadi saya terus bawa ke Hospital Serdang sekitar pukul 12 pagi,” katanya. Bukan itu sahaja, pelakon veteran yang berusia 72 tahun itu tidak menunjukkan sebrang tanda sebelu mengalami buang air besar berdrh.

“Sekarang sedar tapi dalam wad kecemasan di zon kritikal. Tiada simptom cuma dia sakit perut sebelum tiba-tiba ada drh ketika buang air besar,” ujarnya. Disebabkan itu, dia terpaksa menjalani pemeriksaan selanjutnya termasuklah prosedur endoskopi untuk mengesan sebarang perubahan di bahagian usus dan perut. Jelas Hanif, ini merupakan kali ketiga pelakon tersebut mengalami perkara yang sama sejak Julai 2023.

“Disebabkan masalah itu berulang jadi doktor mahu lakukan prosedur endoskopi dan pemeriksaan lain bagi mengesan punca sebenar dia buang air besar berdrh. Sudah tiga kali jadi, bulan Julai tahun lepas, kemudian November dan semalam (Isnin). Dia ingat dia sihat sebab sebelum ini punya doktor beritahu puncanya sebab ada ulser dalam usus,” jelasnya. Sebelum ini, media melaporkan kesihatan Jaafar Onn kian merosot sehingga terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda untuk bergerak.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.