Tutup kilang sebab bawa pekerja beli kelengkapan raya, sekali bonus yang Khairul Aming bagi jadi perhatian warganet

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming tutup kilang raikan staf dengan membawa mereka membeli kelengkapan hari raya untuk diri sendiri dan keluarga. Menerusi perkongsian Khairul Aming di media sosial, seramai 100 staf dari kedua-dua buah kilang Nyet miliknya telah dibawa membeli baju raya serta kelengkapan yang lain termasuklah barangan dapur. Mereka turut diberi bonus raya dan cuti selama seminggu untuk menyambut Aidilfitri pada minggu hadapan sebelum merancang untuk pergi bercuti bersama semua staf. Klik sini untuk lihat video.

Khairul Aming turut membawa mereka berbuka puasa di hotel bagi menikamti buffet Ramadan bersama-sama sebelum bercuti panjang. Dalam pada itu, bonus raya yang diberikan usahawan itu turut menjadi perhatian apabila masing-masing menunjukkan sampul duit dengan wang tunai berkepuk-kepuk di dalamnya. Sudah pasti momen tersebut menarik perhatian ramai kerana dapat menjangkakan jumlah tersebut cukup banyak dan sudah tentu menggembirakan para staf yang telah bertungkus-lumus bekerja.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tinggalkan maklum balas dengan berasa ‘cemburu’ melihat keberuntungan staf di dua buah kilang milik usahawan itu kerana mendapat majikan yang cukup pemurah. Ada juga yang berseloroh bertanyakan kerja kosong di kilang pempengaruh tersebut kerana ingin merasai sendiri keuntungan berkhidmat di sana. Walau bagaimanapun, mereka tetap mendoakan agar rezeki Khairul Aming terus dipermudah dan menjadi seorang yang pemurah agar dapat membantu lebih ramai orang.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.