Tengah hangat pasal isu musik video Dato Aliff Syukri, terkini Fahmi Fadzil minta pihak SKMM ambil tindakan sekiranya perlu

MENTERI Komunikasi Fahmi Fazdil telah meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan sekiranya perlu terhadap usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri. Tindakan tersebut susulan penularan video Aliff sebelum ini mempromosikan lagu raya baharunya berjudul Love Raya yang dikatakan mengandungi unsur keterlaluan serta menghina kesucian bulan Ramadan. “Saya telah tonton sebahagian video di media sosial dan menerima banyak komen dari warganet untuk mengambil tindakan. Saya dimaklumkan video tersebut telah pun dipadamkan.

“Saya telah meminta SKMM untuk meneliti dan mengambil tindakan bersesuaian. Jika ada keperluan untuk lakukan siasatan SKMM boleh berbuat demikian,” katanya kepada pemberita. Fahmi ditemui ketika Majlis Apresiasi Bersama Media yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa. Dalam masa sama Fahmi turut menasihati mana-mana pempengaruh untuk meneliti setiap kandungan yang dimuat naik agar ia bersesuaian bagi tontonan umum terutama kanak-kanak. “Sebagai influencer mereka perlu meneliti kandungan yang dihasilkan secara mendalam. Kami (kerajaan) risau kandungan sebegini boleh memberi kesan negatif terutama kepada kanak-kanak.

“Pertemuan juga akan diadakan bagi membuat keputusan terutamanya untuk memastikan media sosial selamat digunakan,” jelasnya. Isu melibatkan Aliff sebelum ini menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik video teaser lagu berjudul Love Raya. Video berkenaan memaparkan tarian yang dilihat agar keterlaluan dan tidak sesuai ditonton terutama di bulan Ramadan.

Selepas menerima banyak kritikan, Aliff bagaimanapun bertindak memadam semula video berkenaan dan memberitahu pelancaran lagu baharu hanya sekadar gimik. Aliff turut memohon maaf selain meminta mana-mana pihak memadam salinan video tersebut. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.