Muat naik video promosikan produk dengan Risteena, sekali ramai pula yang nak boikot Dato Aliff Syukri

Perkongsian usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencetus perhatian ramai di media sosial, baru-baru ini Menerusi muat naik di Instagram (IG), Aliff memuat naik video promosi produknya bersama aktres, Nur Risteena di sebuah acara di Sabah. Dalam video promosi bersama Risteena itu, Aliff meluahkan rasa teruja apabila aktres tersebut datang membeli produknya dan bukannya membuat ulasan (review). Klik sini untuk lihat video.

“Cantik manis kan Nur Risteena ni. Sejuk je mata memandang,” tulis Aliff ringkas. Namun, menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang apabila usahawan tersebut membuat video promosi bersama kakak kepada aktres sensasi, Ruhainies. Lebih mengejutkan, ramai juga yang meluahkan hasrat untuk memboikot produk-produk keluaran Aliff kerana menggunakan individu-individu yang terpalit dengan kontroversi panas.

Terdahulu, Risteena mempertahankan adiknya, Ruhainies dengan menampilkan bukti berkaitan kes dakwaan Ruhainies berkhlwt bersama aktor kontroversi, Aliff Aziz awal Mac lalu. Pada 11 Mac lalu, Bella Astillah telah memfailkan pisah secara ekspres daripada suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Awal Mac, kecoh apabila Aliff dan aktres, Ruhainies ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.