Lepas dapat hinaan Puteri Sarah tak berdiam diri, sekali berjaya dapatkan nombor telefon dan tahu tempat kerja

SELEPAS menerima hinaan digelar ‘geng secondhand’, pelakon Puteri Sarah Liyana tidak berdiam diri dan terus mencari individu yang menulis komen berkenaan. Berjaya mendapatkan nombor telefon lelaki tersebut, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, turut memaklumkan dia sudah mengesan tempat kerja individu dikenali sebagai Afiq Azni itu. “Mamat Afiq ini mesti tidak pernah kena apa-apa. Sebab itu kurang ajar setiap masa dan dia ingat dia terlepas.

“Di media sosial sahaja berani. Dah tahu tempat kerja dia, dah ada nombor telefon. Ramai sakit hati dengan kau ini,” katanya. Puteri Sarah berkongsi perkara itu di laman X miliknya berserta tangkap layar akaun milik lelaki berkenaan. Malah dalam satu hantaran berbeza, Puteri Sarah turun menyarankan agar Afiq tidak diterima bekerja sebagai penghantar makanan. “Mamat ini dengar kata tengah latihan kerja (di sebuah syarikat penghantaran makanan). Tolong buang staf toksik begini.

Anda tahu dah viral, tak guna simpan staf toksik begini,” luahnya. Kemarahan Puteri Sarah bermula apabila individu itu tinggalkan komen negatif pada sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Komen berbaur hinaan itu juga dianggap keterlaluan kerana menggelarkan dirinya dan pelakon Bella Astillah seolah-olah barangan terpakai. Puteri Sarah bertindak membalas komen berkenaan namun pemilik akaun tersebut kemudian menyekatnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.