Banyak menjadi duta pelbagai produk, Achey akui masih belum bergelar jutawan

PELAWAK Achey belum bergelar seorang jutawan seperti sangkaan sesetengah pihak susulan dia dilihat banyak menjadi duta pelbagai produk. Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 38, berkata, dia masih mempunyai pelbagai komitmen yang perlu dilunaskan malah simpanannya juga tidak banyak. “Bukan duta sepanjang tahun, selalunya cuma duta kempen sahaja. Itu semua rezeki anak, isteri dan keluarga. Fasal jutawan itu, kalau tanpa ada komitmen memang saya jutawan! Tapi dengan adanya pelbagai komitmen, tidaklah kaya raya.

“Saya ada pekerja nak bayar gaji. Itu belum komitmen lain. Kalau nak kira dapat dengan keluar, apa yang saya simpan tak banyak,” katanya kepa. Ditanya mengenai komitmen yang perlu ditanggung, Achey berkata, dia juga memikul tanggungjawab menjaga kebajikan ahli keluarga termasuk kos rawatan berkala di hospital. Bagi pelawak itu, keluarga sentiasa menjadi tanggungjawab nombor satu dan akan memastikan keperluan mereka terjaga.

“Saya kena bekerja keras sebab ada orang dibelakang yang perlukan saya. Mana yang nampak saya dapat imbuhan banyak, keluar pun sama juga.Tapi itu sudah jadi tanggungjawab dan ujian untuk saya. Apa-apa pun keluarga dulu baru orang sekeliling. Kalau saya tak fikir tanggungjawab pada keluarga, mungkin saya dah pakai Lamborghini,” jelasnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.