Muat naik gambar keluar makan dengan Nora Danish dan anak, ramai yang mendoakan rumahtangga mereka kekal bahagia

KETIKA isu rumah tangga pelakon Nora Danish yang didakwa sedang bergolak hangat diperkatakan netizen, aktres berkenaan dilihat keluar bersama suaminya, Nedim Nazri dan anak mereka iaitu Mohamed Neqayl. Menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagram, Nedim memuat naik foto menikmati hidangan di sebuah restoran bersama isteri tercinta. Kata Nedim atau Mohamad Nedim Nazri, 41, dia yang sepatutnya bergegas ke Perak untuk urusan kerja terpaksa menangguhkan perjalanan gara-gara anaknya tidak sihat.

“Sepatutnya saya perlu bergerak awal untuk menghadiri mesyuarat di Perak tetapi saya diberitahu anak saya tidak sihat,” katanya. Dalam pada itu, Nedim turut memberitahu Neqayl dilihat lebih ceria dan sihat selepas melihat kehadiran kedua ibu bapanya. Malah Nedim turut berterima kasih kepada Nora kerana membawa anak mereka untuk bertemu. “Lihat keadaan dia (Neqayl) apabila lihat Daddy (panggilan Nedim) muncul,” ujarnya.

Perkongsian Nedim itu secara tidak langsung menepis dakwaan mengenai keretakan rumah tangga pasangan itu. Sebelum ini menerusi temu bual, Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, mengakui perkahwinannya dengan suami sedang bergolak. Kata Nora, mereka berdua sedang berusaha menangani semua masalah yang berlaku secara matang.

Tambah pelakon drama Puteri itu juga, dia dan Nedim juga sudah tinggal berasingan sejak tiga bulan lalu dan kini menetap di rumah keluarga masing-masing. Untuk rekod, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6 tahun. Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.

Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.