Lepas ni boleh hantar anak pergi sekolah naik motor, Bella Astillah dapat hadiah motor skuter elektrik

Rezeki pelakon dan penyanyi, Bella Astillah semakin melimpah-ruah selepas dilanda kemelut rumah tangga bersama penyanyi dan aktor, Aliff Aziz. Selepas pulang daripada mewakili Malaysia untuk Wuhu Shenshan Music Festival 2024 di China, Bella menerima kejutan bakal dihadiahkan sebuah skuter elektrik pada penghujung bulan ini. Pengumuman tersebut dibuat oleh peneraju GGR Motor, Muhammad Mussadiq Mohamed Azmi dan berhasrat untuk melantik Bella sebagai duta mereka.

“Saya nak beritahu GGR Motor akan hadiahkan sebuah motor skuter EV (electric vehicle) kepada Bella. Insya-Allah kami juga nak ambil Bella sebagai duta perempuan.” Menurut pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dia menyatakan rasa syukur dan teruja dengan pemberian daripada pihak syarikat berkenaan. Kata Bella, dia sudah lama bercadang untuk membeli sebuah motosikal bagi kegunaan harian untuk menghantar anak sulungnya, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tujuh tahun ke sekolah.

Namun, hasratnya untuk membeli motosikal beberapa kali tertangguh atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. “Alhamdulillah rezeki, saya anggap semua ini hadiah. Memang dah lama rancang nak beli tetapi asyik tertangguh rupanya ada rezeki yang datang. Rezeki anak-anak juga untuk Ayden dan Ara. Lepas ini, saya akan kongsi pengalaman hantar Ayden naik motor pergi sekolah. Dia mesti gembira.”

Untuk rekod, hasil perkahwinan Bella dan Aliff, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.