Ramai yang bimbang lepas kejadian pokok tumbang di sekitar kawasan KL, sekali ini penjelasan dari pihak DBKL

Tidak dapat dinafikan, ramai yang meluahkan rasa bimbang susulan kejadian pokok tumbang yang telah berlaku di sekitar kawasan Kuala Lumpur, baru-baru ini. Insiden tersebut telah menyebabkan kerugian dan juga kemlngn jiwa hingga meragut nyawa dan warganet meminta pihak berkuasa terutamanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengambil tindakan sewajarnya. Enggan untuk berdiam diri, DBKL tampil beri penjelasan terdapat dua jenis pokok yang berada di sekitar ibu kota iaitu pokok private dan pokok public. Klik sini untuk lihat video.

Jelas DBKL, pokok private adalah tanggungjawab persendirian yang perlu dijaga dan diuruskan dengan baik manakala jenis pokok public adalah tanggungjawab DBKL. “Setiap kali pokok tumbang, mesti salah DBKL, betul ke? Dekat Kuala Lumpur ni ada dua jenis pokok, pertama adalah private dan kedua adalah public. Pokok public adalah taggungjawab DBKL. Tapi kalau pokok private, ia adalah tanggungjawab persendirian untuk jaga pokok tersebut. Korang lah kena jaga, kaji dan juga maintain. Macam korang lah tanam sendiri pokok kat rumah, korang sendirilah bertanggungjawab.

Dan pokok public pula, DBKL akan jaga. Kita akan buat pemantauan secara berkala jika berlakunya hazard dan apa-apa aduan yang ada,” jelasnya. Bukan itu sahaja, DBKL turut mendedahkan tiada had usia bagi setiap pokok namun, perlu dipantau bagi memastikan pokok dibawah jagaannya dalam keadaan baik dan selamat. Dalam pada itu, pihaknya menyeru kepada orang ramai supaya membuat aduan jika terdapat pokok tidak selamat di sekitar Kuala Lumpur.

“Ramai kat luar sana tanya ada tak had limit usia pokok? Jawapannya adalah tiada, cuma DBKL akan jaga dan pastikan pokok dalam keadaan yang well maintain. Tapi kalau dah teruk sangat kami tebang. Kami DBKL ingin mengingatkan kepada semua warga kota jika melihat ada pokok-pokok dalam keadaan yang berbahaya boleh buat aduan di adu@KL,” katanya.

Terdahulu, kejadian pokok tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuawait Finance di ibu negara nyaris menimpa kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusah pada petang Isnin. Malah, pada 8 Mei turut berlakunya pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail menghempap 17 kenderaan dan landasan monorel sehingga menyebabkan seorang lelaki tempatan maut manakala dua lagi cedera.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *