Makin tak terurus lepas berpisah dengan kedua isteri, Datuk Red akui sampai terpaksa tidur dalam kereta

Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red reda berpisah talak satu dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim, pada Selasa. Memetik laporan Berita Harian, Datuk Red terpaksa akur dengan kehendak bekas isterinya. “Berat hati untuk saya buat keputusan ini (berpisah), namun saya reda. Saya sudah puas pujuk dan minta diberi peluang untuk memperbaiki kehidupan dari segi kewangan.

Malangnya, rayuan saya tidak diterima dan perjalanan perpisahan tetap diteruskan. Kalau saya tak lafaz pisah, takut lagi panjang cerita. Baru tiga minggu lalu saya lepaskan Adira, hari ini saya lepaskan isteri pertama pula.” Meskipun kelihatan tenang berdepan konflik rumah tangga, Datuk Red akui melalui tempoh sukar dalam kehidupannya sehingga terpaksa menginap di dalam kereta. “Mereka hanya nampak dari segi luaran. Hakikatnya dalam hati tiada siapa tahu. Setiap kali selepas solat, saya akan mengadu pada Allah SWT sambil menangis.

Banyak perkara menyedihkan berlaku dan kehidupan saya memang tidak terurus. Saya baru sahaja menyewa pejabat dan sebahagiannya menjadi tempat untuk saya menginap. Disebabkan itu, saya terpaksa tidur dalam kereta sementara proses renovasi selesai.” Terdahulu, Adnan, 46, melafazkan talak terhadap Sharifah Norshafila, 38, pada jam 10.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor. Lafaz itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mod Tohar.

Pada 23 April lalu, Adnan menceraikan isteri keduanya iaitu penyanyi Adira Suhaimi, 32, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.