Tahun ni tahun terakhir jadi penyanyi, Dato Aliff Syukri dah penat kene kritik dengan warganet

Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri akui penat dikritik orang ramai dan membuat keputusan untuk berhenti daripada dunia nyanyian. Aliff Syukri berkata, dirinya membuat keputusan untuk berhenti daripada dunia nyanyian berikutan berpendapat faktor usia yang semakin meningkat dan sering terpalit dengan kontroversi membuatkan dia mengambil keputusan tersebut.

Menurut usahawan berusia 37 tahun itu, tahun 2024 merupakan tahun yang paling malang buat dirinya, lebih-lebih lagi segala gerak geri sering diperhatikan. “Tahun ini adalah tahun terakhir saya sebagai penyanyi. Tahun ini adalah tahun paling ‘suwey’ (malang). Setiap gerak geri saya dikritik, bahkan, kes baru-baru ini juga masih dalam siasatan. Sedikit sebanyak, ia memberi tekanan dan penyesalan kepada saya. Jadi, saya tarik diri dan reda,” katanya.

Dalam pada itu, pelatun lagu Chu Ku Chuk Raya turut akui emosinya tercalar walaupun dia sedaya upaya menutup masalahnya terutama melibatkan kes saman. “Anda tahu mengenai kes saman saya? Ia tak mudah. Saya cuba tutup masalah saya, tapi, dalam keadaan ekonomi sekarang, sedikit sebanyak ia mencabar dan emosi saya tercalar,” katanya lagi.

Jelas Aliff, tujuannya berbuat demikian juga ingin memberi peluang kepada artis-artis baharu (BBNU) untuk menyerlahkan bakat mereka dalam industri hiburan. Dia bagaimanapun menasihati orang ramai agar tidak melupakan dirinya pada masa akan datang kerana tidak mempunyai lagu. “Tapi, janganlah kerana tak ada lagu, anda lupakan saya. Berilah BBNU baru untuk naik pula. Saya sampai bergdh suami isteri dan bukan gimik. Jujurnya, saya dah putus asa. Mungkin saya dibenci sebagai penyanyi,” ujar Aliff Syukri.

Sementara itu, anak kepada pengasas produk Sendayu Tinggi, Bonda Rozita itu turut mempersoal sikap netizen yang lebih gemar memberi perhatian kepada konten (kandungan) yang dicipta berbanding objektif utama perniagaan. “Kalau tak ada orang macam kami ini, tak ada ‘monyet’, tak ada ‘kera’ macam kami ini, tak ceria Malaysia,” katanya pada majlis Memori Aidilfitri Terlajak Raya anjurannya dan isteri, Datin Seri Nur Shahida di Damansara Perdana semalam.

Dakwanya, masyarakat di negara ini gemar melihat kandungan bersifat mengaibkan seperti saman, tangkap basah dan sebagainya. Sebelum ini, Aliff Syukri diminta tampil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM)  bagi merakam percakapan pada awal April lalu. Ia susulan aduan yang diterima oleh SKMM berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik berkenaan.

Seterusnya, telefon bimbit dan kad sim miliknya disita dan dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *