Mahkamah tolak rayuan Siti Bainun, terkini dia kekal jalani hukuman 12 tahun dipnjara

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati kekal bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, dikenali Bella, tiga tahun lalu. Memetik laporan Harian Metro, Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun, 32, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hkman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.

Pada 3 Mei 2023, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi Izraliza menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas mendapati dia bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13. Malah, dia diperintahkan menjalani hkmn pnjr dan dihantar ke Pnjr Kajang serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan hkmn. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa yang berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan remaja itu mengalami cdra fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini, pada Februari hingga Jun 2021.

Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum pnjr 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali. Bagi pertuduhan pertama, Siti Bainun dipnjr 10 tahun, manakala bagi pertuduhan kedua, dia dipnjr 12 tahun dan kedua-dua hkmn itu berjalan serentak bermula tarikh sabitan. Selain hkmn pnjr, Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman pnjr.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.