Ruhainies akui ibu seorang yang garang, kalau tahu bermesej dengan lelaki telefon bimbit dia akan dirampas

Pelakon Ruhainies membuat pendedahan mengenai sifat ibunya yang garang menerusi satu sesi temu bual dalam sebuah program. Menurut Ruhainies, dia merupakan anak yang paling nakal dalam kalangan lima orang adik beradik yang lain. Tambah Ruhainies, telefon bimbitnya akan dirampas sekiranya bermesej dengan lelaki.

“Dulu kalau dia dapat tahu lelaki mesej ke apa, dia akan rampas telefon. Kalau kawan-kawan lelaki, saya tulis dekat situ macam Faiz kan, contoh saya akan letak Faizah. Macam pernah juga balik rumah, tiba-tiba ada tebby bear dan bunga besar dekat depan rumah. Saya kena pukul sebab dapat teddy bear tu. Dia tanya kenapa lelaki boleh tahu alamat rumah saya. Dia memang garang.”

Terdahulu, nama Ruhainies menjadi perhatian media kerana ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan Wilayah (Jawi) di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota. Rentetan kejadian tersebut, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah mengambil keputusan memfailkan untuk berpisah terhadap suaminya secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac namun aktor itu enggan menceraikannya.

Tidak terhenti di situ, kemelut antara mereka bertambah rumit apabila tiba-tiba muncul seorang wanita bernama Sarah Yasmine yang mengaku kekasih Aliff dan mendakwa sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu. Lebih mengejutkan lagi, wanita tersebut turut mendedahkan beberapa tangkapan skrin layar perbualan antara Aliff dan Ruhainies dalam rancangan mereka untuk menjatuhkan Bella.

Tidak lama kemudian, Ruhainies menerusi muat naik di Instagram membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella dan ingin menamatkan sengketa antara mereka. Selepas itu, Aliff pula muncul dalam sebuah podcast The Common Folks SG dengan menceritakan kronologi yang berlaku membabitkan beberapa pihak termasuk Bella, Ruhainies, Sarah Yasmine dan Muaz Zabir.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.