Selamba je berkelah siap masak dekat stesen minyak. geng kelab kereta Honda teruk kena kritik dengan warganet

TULAR di media sosial video memaparkan sekumpulan golongan muda ‘berkelah’ di sebuah stesen minyak, Petron. Dalam rakaman video berkenaan, kelihatan beberapa wanita sedang memasak mi segera menggunakan dapur gas mudah alih (portable stove). Dipercayai aktiviti healing (bersantai) itu dilakukan oleh sekumpulan ahli kelab kereta Honda Jazz di Genting Highland, Pahang. Tindakan mereka yang memasak menggunakan dapur gas di kawasan mudah terbakar ini menjadi pertikaian di X. Klik sini untuk lihat video.

“Macam mana mereka ni boleh terfikir nak pasang stove (dapur gas) dekat stesen minyak,” tulis seorang individu pada video yang dimuat naik. Menerusi video berdurasi lebih satu minit itu, dapat dilihat mereka didatangi oleh sebuah kereta peronda polis ketika sedang memasak beberapa jenis makanan segera. Susulan itu, pemilik video asal dan ahli kelab lain beredar secara beransur-ansur, mungkin disebabkan diarahkan oleh pihak polis. Namun, mereka dilihat tetap menjamu selera dengan menikmati makanan yang sudah dimasak seperti mi segera kari, sosej dan nugget.

“Sambung makan dulu la, benda dah masak. “Huru-hara. Makan kejap la. Buat hal la. Yang penting hadir,” tulis pemilik video berkenaan. Hantaran tersebut meraih banyak kritikan selepas dikongsikan di X pada Ahad malam. Rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan kumpulan kelab kereta itu yang boleh mengancam nyawa orang lain.

“Belum pernah lagi saya jumpa manusia dekat muka bumi ni yang ‘healing’ guna stove dekat stesen minyak. Level b*d*h b**gap dia tak boleh bawa bincang ya. “Macam mana boleh terfikir nak buat dekat tempat awam. Dengan kereta halang laluan, siap sempat keluarkan kerusi healing dan portable stove macam itu kawasan lapang. “Makan campur lelaki dan perempuan. Polis datang dia buat tak endah je. Rakam dan bangga. Nanti ada pula yang menjawab, Petron ni bapa dia yang punya,” komen beberapa warganet di X.

Video asal yang dimuat naik di TikTok itu dipercayai sudah dipadam oleh pemiliknya namun menjadi tular di beberapa platform media sosial lain. Untuk makluman, stesen minyak menjadi lokasi tumpuan bagi mereka yang ingin mengisi semula tangki kenderaan yang kosong. Jadi terdapat pelbagai kemungkinan bahaya boleh berlaku sekiranya anda tidak mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengikuti peraturan ditetapkan di setiap stesen minyak. Antara tip keselamatan yang dikongsikan adalah larangan untuk merokok atau menyalakan sebarang alatan yang berbahaya seperti pemetik api atau mancis ketika berada di kawasan stesen minyak.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.