Tengah buat siaran langsung lancarkan produk dalam kereta, sekali Adira telefon Datuk Red suruh guna studio di rumah dia

Meskipun sudah berpisah pada 24 April lalu, usahawan iaitu Datuk Red dilihat tetap menjaga hubungan baiknya dengan bekas isteri, Adira Suhaimi. Terbaharu, tular satu potongan video memaparkan Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu yang melakukan sesi siaran langsung TikTok di dalam kereta. Difahamkan, sesi siaran langsung itu bertujuan untuk melancarkan barangan jualannya. Klik sini untuk lihat video.

“Orang ‘launching’ produk ke, minyak wangi ke di tempat yang gah-gah, saya dalam kereta saja. Tak balik rumah sebab hari ini secara rasminya saya tak ada rumah.” Sedang dirinya asyik melayan para pengikut di ruangan komen, secara tiba-tiba telefonnya berdering dan individu yang menelefonnya adalah Adira. Menurut Datuk Red, bekas isterinya itu memintanya untuk tidak melakukan sesi siaran langsung di dalam kereta.

Sebaliknya, Adira memberikan keizinan untuk menggunakan studio yang berada di tingkat atas rumahnya memandangkan kedua abangnya berada di rumah. “Dia (Adira) telefon saya suruh guna studio dia di tingkat atas (rumah). Saya baru ingat nak tipu sekali rupanya dia ada tengok saya tengah ‘live’ sekarang ini. Dua abang dia ada dekat rumah.”

Di akhir video tersebut, dapat dilihat Datuk Red meneruskan sesi siaran langsungnya di studio tersebut sambil ditemani Adira. Video tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji tindakan murni Adira. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memaklumkan Datuk Red masih dibenarkan pergi ke kediaman Adira memandangkan mereka masih dalam tempoh idah.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.