PELAKON Siti Elizad Shariffudin mendedahkan masih ada wanita tidak dikenali menghubunginya meminta izin untuk bermadu dan menjadi isteri kedua suaminya. Kata Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 40, ini bukan kali pertama wanita berkenaan membuat permintaan itu malah banyak kali berlaku. Malah, individu berkenaan akan menghantar mesej itu setiap kali dia memuat naik gambar bersama suami di Instagram.
“Mungkin ada yang dengar dan cakap betul ke ada orang minta untuk jadi isteri kedua, itu adalah betul ya malah pelik dekat media sosial sekarang ni makin berani pula ya wanita diluar sana. Wanita tu minta untuk jadi isteri kedua sebab dia cakap saya tak boleh bagi anak, dia yakin sebab sudah ada empat orang anak dan hanya minta suami jaga dia serta anak-anak saja. Agak terkedu juga soalan tu sebab bukan kali pertama malah baru-baru ini pun ada lagi dia mesej, saya okay saja kalau nak sangat cuba la mesej suami saya,” kata Elizad.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.