Terkini Ebit Lew nekad untuk teruskan saman terhadap Caprice dan Mondy Tattoo berkenaan ftnah yang dilemparkan

Personaliti dakwah, Ebit Lew tetap teruskan saman fitnah terhadap penyanyi rap, Caprice dan TikToker Indonesia, Mondy Tattoo. Beliau menyatakan pendirian tegas menerusi sebuah hantaran di Instagram, hari ini. Pemilik nama sebenar Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew berkata, meskipun dia tidak akan didakwa atas tuduhan mrgl TikToker Indonesia, Mondy Tattoo, namun dia tetap akan meneruskan saman kepada wanita itu.

Dalam pada itu, personaliti dakwah itu meluahkan rasa syukur kerana kes berkenaan (dakwaan rgl)  tidak lagi akan diteruskan selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk enggan meneruskan ia. “Alhamdulillah. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Jabatan Peguam Negara telah memutuskan kes tidak diteruskan (NFA) berkenaan tuduhan Mondy Tattoo pada sama,” katanya. Peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Ebit berkata, pihak polis telah menyiasat kes berkenaan namun pendakwaan memutuskan kes berkenaan tidak akan diteruskan.

“Ebit tidak akan dituduh di mahkamah malah barang kes antaranya telefon bimbit dan kad sim milik anak guam saya, telah dipulangkan semalam. Saya sebagai peguamnya, telah dimaklumkan sendiri oleh pihak polis pada hari yang sama,” kata Akberdin Abdul Kader. Menerusi hantarannya di Instagram, Ebit menegaskan dia akan meneruskan saman terhadap kedua-dua individu tersebut.

“InsyaAllah saman kepada mereka yang terlibat sedang berjalan,” tegasnya. Untuk rekod, pada 22 September tahun lalu, Ebit menerusi peguamnya memfailkan saman terhadap Caprice dan Mondy selepas wanita terbabit membuat pendedahan tentang individu berperwarakan alim telah beberapa kali cuba melakukan gangguan sksl terhadapnya. Kontroversi melibatkan Ebit dan Caprice bermula pada 15 September tahun lalu, selepas Mondy membuat pendedahan bahawa dirinya yang menjadi sasaran gangguan menerusi temu bual di siaran podcast Caprice.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *