Selalu diasak rujuk kembali dengan Datuk Red, ini pula video penjelasan dari Adira Suhaimi

Perhubungan baik yang ditonjolkan oleh penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya Datuk Red sering kali mendapat perhatian warganet malah mereka mendoakan agar pasangan itu bersatu semula. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi menerangkan bahawa dia dan Datuk Red sudah menerima kenyataan bahawa mereka tidak lagi bersama. Klik sini untuk lihat video.

“Kalau kami tak move on lagi takkan la kami boleh berborak, bergurau..macam sekarang ini. Saya ni jenis yang kalau tak move on saya tak akan jumpa orang itu. Jadi maknanya kami boleh komunikasi dengan bagus. Maksudnya kami dua-dua sudah move on.” Dalam pada itu, pelantun lagu Ombak Rindu tersebut menegaskan bahawa cinta antara dia dan bekas suami tidak akan bertaut kembali malah mereka memilih untuk memberi perhatian terhadap kehidupan masing-masing.

“Jangan cerita tentang tujuh tahun ke atau 10 tahun akan datang, esok pun kita tak tahu apa ceritanya lagi. Tapi kalau buat masa sekarang ini kamu semua tanya rujuk atau jadi suami isteri balik..memang tidak ada sinar. Datuk nak fokus untuk menyelesaikan semua masalah dia. Saya pula fokus untuk membesarkan anak-anak. Jarang saya serius, tapi ini cerita betul supaya kamu semua tidak ulang soalan yang sama.”

Penyanyi berusia 32 tahun itu berkata, tiada masalah untuk Datuk Red sering datang ke rumah kerana ketika ini dia masih di dalam tempoh edah. “Sekarang ini tempoh edah, memang dia boleh lagi untuk datang rumah. Kalau bukan dalam edah dia masih datang, itu pelik la. Buat masa sekarang kalau dia nak datang rumah atau jumpa anak tak ada yang pelik pun.” Sekadar info, Datuk Red melepaskan Adira yang merupakan isteri keduanya dengan talak satu pada 23 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

Selepas 21 hari, Datuk Red kemudian bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor. Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun. Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *