Puteri Sarah terima anugerah khas ikon ibu tunggal, rupanya dipilih sebab beri impak positif kepada wanita

Pelakon Puteri Sarah terima anugerah khas iaitu ikon ibu tunggal pada Majlis Pelancaran & Malam Anugerah Mommyhana baru-baru ini. Memetik laporan MalaysiaGazette, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin dipilih kerana impak positifnya terhadap masyarakat yang mana seorang wanita perlu kuat untuk anak-anak.

Pengasas dan Pengarah MommyHanna, Hanna Shahadan berkata kandungan yang dihasilkan oleh Puteri Sarah telah menjadi tular dan menerima jutaan tontonan disamping turut memberik impak baik dari segi kekeluargaan. “Puteri Sarah mengajar dan memberi nasihat bagaimana seorang ibu sangat menyayangi anak-anaknya apabila menyumbang kepada peningkatan tahap kredibiliti dan pengukuhan jenama syarikat.

Kandungan viral dihasilkannya menyebabkan kami rasa tersentuh dan ingin memberikan anugerah khusus kepada mereka kerana membantu MommyHana daripada segi kandungan dan pemasaran,” katanya pada majlis itu. Selain itu, pelakon Nad Zainal turut menerima pengiktirafan yang sama kerana aktres itu telah membantu syarikat untuk meraih tontonan keseluruhan sebanyak 10 juta.

“Kandungan dihasilkan bersama suaminya, Ungku Ismail memberi impak positif kepada masyarakat bagaimana perlunya sentiasa bermaafan dan mudah memaafkan. Mereka menghasilkan kandungan yang memberi impak baik kepada masyarakat sebagai keluarga, malah sebagai suami isteri dan disebabkan itu Syarikat memberi satu penghargaan kepada mereka,” ujarnya.

Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayya, 5 tahun. Sebelum berpisah dengan Puteri Sarah, Syamsul telah mengumumkan dia sudah pun bernikah dengan pelakon Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari 2023. Kemelut antara Puteri Sarah dan Syamsul berakhir dengan lafaz cerai talak satu daripada aktor itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 14 Jun 2023.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.