Pempengaruh media sosial, Ameera Khan menyatakan dia pernah terdetik untuk meninggalkan negara tercinta, Malaysia. Menurut pemilik nama Nur Ameera Abdul Halim Khan itu, niatnya mahu meninggalkan Malaysia bukanlah kerana tidak suka akan suasana di sini tetapi beranggapan dia banyak dikelilingi dengan individu yang toksik. “Saya dah lama rasa mahu tinggalkan Malaysia. Jangan salah anggap, saya sayangkan negara saya. Bagi saya, lebih baik saya keluar daripada tinggal di sini bersama orang yang mempunyai fikiran yang toksik.”

Ameera berkongsi perkara tersebut ketika ditanya pengikutnya menerusi Instagram Story (IGs). Tambah adik kepada pelakon, Neelofa itu lagi, dia pasti akan berbuat demikian satu hari untuk pergi ke sebuah negara yang akan lebih menerimanya berbanding di sini. “Saya pasti satu hari nanti bila saya sudah bersedia, saya akan ke tempat yang saya boleh jadi diri saya sendiri. Saya akan ke tempat di mana saya akan diterima dan tentunya bukan di sini.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.