Pempengaruh media sosial, Leona mengakui lebih tertarik kepada lelaki berusia dan botak berbanding yang sebaya dengan umurnya. Menerusi luahan di TikTok, pemilik nama Kasih Iris Leona Azhar, 23, berseloroh mengatakan dia tidak berminat dengan lelaki yang sebaya atau lebih muda daripadanya. Malah, Leona juga menyifatkan lelaki muda berperangai kebudak-budakan. Klik sini untuk lihat video.

“Korang, tolong beritahu saya kenapa jenis lelaki yang saya suka adalah lelaki berusia dan botak. Bila saya tengok lelaki muda, saya tidak tertarik kepada mereka.Saya berfikiran mereka hanyalah kanak-kanak. Tetapi lelaki yang lebih tua…” Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu berkata demikian selepas berpeluang meluangkan masa dengan lelaki yang lebih tua baru-baru ini.
“Saya mempunyai malam yang ‘gila’. Saya hanya terkejut dengan apa yang berlaku.” Bagaimanapun, dia enggan menceritakan lebih lanjut kerana merasakan sekarang bukanlah masa yang sesuai. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak menafikan pendapat Leona. Segelintir mereka merasakan lelaki tidak berambut lebih menarik selain turut memberi contoh beberapa nama selebriti berimej botak daripada luar negara.


Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.