Cepat betul masa berlalu, Uqasha Senrose luah rasa sebak bila tengok anak dh boleh berdiri sendiri

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Uqasha Senrose meluahkan rasa sebak selepas melihat anaknya, Hawra Uqaira sudah mula menunjukkan perkembangan apabila berani berdiri untuk berjalan. Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, memuat naik video memaparkan Uqaira memula langkah untuk berdiri tanpa bantuan orang lain. Menurut isteri kepada pelakon Kamal Adli itu, Uqaira sebelum ini tidak menunjukkan sebarang tanda bersedia untuk berjalan. Klik sini untuk lihat video.

“Dulu dia selalu takut nak berdiri. Malam ni (semalam), tiba-tiba dia teruja nak tunjuk dia berani nak berdiri. Sebak. Gigi dah penuh, berjalan je dia takut-takut lagi. Tidak mengapa, perlahan-lahan okay.” Uqasha yang terharu melihat proses anaknya membesar mengakui perkara itu membuatkannya gembira bersama suaminya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan keterujaan melihat anak pasangan itu membesar dengan baik.

Peminat turut tumpang gembira melihat Uqaira yang sudah mula berani mahu berjalan. Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada November 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Uqaira. Sebelum ini, pelakon drama Umar itu mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *