Cik Epal dilamar jadi duta produk kosmetik tempatan, terkejut tengok dia punya bayaran RM250k

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh media sosial, Cik Epal mendedahkan telah menerima tawaran melebihi RM200,000 untuk menjadi duta produk kosmetik tempatan. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pemilik nama Murni Mahmud memuat naik surat tawaran yang turut memaparkan harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM250,000.

Menurut bekas isteri usahawan, Jofliam, harga yang ditawarkan adalah setimpal dengan komitmen kerja bakal dilakukannya nanti. “Saya baru je terima surat tawaran daripada satu jenama kosmetik tempatan. Bila baca satu-satu komitmen yang mereka letak, alhamdulillah semua masuk akal. Tambah pula dengan bayaran yang setimpal.”

Bagaimanapun, Cik Epal berkata dia masih memikirkan sama ada mahu menerima atau menolak tawaran itu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.