Siti Jamumall kena gangguan sihir, sekali tular video Ds Vida yang bantu rawat

Advertisements
Advertisements

Tular video usahawan terkenal, Datu Seri Vida dilihat sedang bantu rawat Siti Jamumall yang didakwa mengalami gangguan sihir sehingga termuntah ketika proses tersebut berjalan. Menerusi video yang dikongsi akaun TikTok norizanjaaffar, dapat dilihat yang Vida sedang membacakan ayat-ayat al-Quran kepada Siti Jamumall sebelum usahawan itu seakan hendak termuntah. Selain daripada Siti yang seakan loya dan muntah di dalam plastik yang dipegang, Vida juga dilihat seperti menahan mual beberapa kali seakan menjelaskan bertapa kuat gangguan yang dialami pempengaruh terbabit. Klik sini untuk lihat video.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial apabila menyatakan bahawa usahawan itu ‘tidak kosong’. Mereka juga tidak menyangka bahawa Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza binti Othman boleh melakukan perubatan alternatif kepada orang lain. Sebelum ini, Siti Jamumall kembali menjadi sorotan apabila mengamuk lagi di dalam siaran langsung media sosial apabila mengatakan rakan baiknya melakukan khianat terhadapnya.

Nama rakan baiknya ‘dipetik’ sewaktu dia menzahirkan rasa geram terhadap bekas suami yang bersiaran langsung dengan seorang wanita berseluar pendek. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.