Muat naik video review kereta ferrari, ramai yang terhibur dengan gelagat Yusoff

Advertisements
Advertisements

Gelagat anak lelaki usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida iaitu Yusoff Al Qardawi mencuit hati warganet apabila membuat review berkenaan kereta berjenama mewah iaitu Ferrari. Menerusi video yang dimuat naik oleh Shahida di Instagram, jelas kelihatan Yusoff yang begitu petah bercakap sedang memperkenalkan kereta tersebut kepada umum. Klik sini untuk lihat video.

Namun apa yang paling melucukan adalah ayat-ayat yang digunakan Yusoff penuh yakin beserta dengan reaksi wajahnya cukup membuatkan warganet terhibur. “Siapa nak tengok Ferrari, kulit ni dari Itali, Itali mahal korang, tengok ni dia dari Itali, dia macam keras, selesa. Aircond macam di sini, macam biasa-biasa, kalau bau memang Itali. Yang ini secret part dia, yang ini bukan enjin, yang ini tempat bonet,” jelasnya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata warganet memuji kepetahan Yusoff berbicara selain kagum dengan kebijaksanaannya mengenai kereta. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.