Sambut hari bapa bersama, Edika Yusof muat naik gambar mesra dengan bekas isteri

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Edika Yusof menjadi bualan hangat apabila berkongsi sebuah foto mesra bersama bekas isterinya Nor Hidayah Yusri. Lebih menjadi tumpuan, Edika atau nama lengkapnya Mohd Yusof Abd Majid turut berkongsi video memaparkan momen ketika menyambut hari bapa bersama bekas isteri dan keluarga pada Ahad lalu. Bukan itu sahaja, Edika dalam satu hantaran di Instagram Story (IGs) juga berkongsi foto bersama bekas isterinya yang dilengkapi dengan kapsyen romantis

“Jika dia sering tersenyum kepadamu, mungkin itulah petanda dia selesa dan suka berada disampingmu,” tulisnya di kapsyen. Namun begitu, apa yang menjadi tumpuan adalah kemesraan dipaparkan oleh mereka di mana Edika meletakkan tangannya di atas bahu bekas isterinya. Tindakan tersebut sekali gus mengundang spekulasi berhubung hubungan sebenar mereka, lebih-lebih lagi apabila Edika dan bekas baru sahaja melalui perpisahan pada Mei lalu.

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan warganet mendoakan agar mereka kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri. Edika dan Hidayah sah bercerai talak satu pada 5 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur selepas bekas isterinya memfailkan perceraian pada pertengahan Februari lalu. Pasangan itu berkahwin pada 16 Januari 2004 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.