Penyanyi, Irfan Haris mendedahkan kakaknya iaitu Amira Othman sering tersenyum selepas menerima jambangan bunga sebanyak dua kali pada hari berbeza. Irfan berkongsi perkara itu menerusi panggilan yang dilakukan oleh penyampai radio ERA, Fazziq Muqris dalam segmen Chingu ERA pada Rabu. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun kata Irfan, dia tidak boleh berkongsi secara berlebihan kecuali perkara itu telah dikongsi sendiri oleh Amira. “Sebenarnya orang sakit ni memang jaranglah blushing kan, tapi kakak saya blushing sebab bunga. Jadi saya pun tak boleh nak cakap lebih lah sebab tuan badan pun dah post seperti yang digembar gemburkan sekarang ini.
Jadi kakak saya memang blushing sebab bunga, dalam masa dua hari dia dapat bunga yang berbeza. Saya tak boleh cakap lebih lebih nanti kena sumbat masuk stor,” katanya sambil berseloroh. Dalam masa yang sama, Irfan juga tidak ketinggalan memohon agar pendengar ERA mendoakan kesihatan kakaknya itu segera pulih. “Buat masa sekarang tekanan darahnya masih rendah dan kakak saya berada dalam pemantauan doktor.
Saya mohon team ERA dan pendengar doakan kakak saya cepat baik, insya-Allah,” ujarnya. Berikut merupakan perbualan penuh Haris dan Fazziq. Sebelum ini, Fattah ada memuat naik foto Amira di Instagram memperlihatkan penyanyi itu terlantar di wad sebuah hospital dengan memegang sejambang bunga tulip pemberiannya.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.