Rasa diri dianiaya, kali ni Siti Jamumall ada isu dengan sahabat baik pulak

Advertisements
Advertisements

USAHAWAN dan personaliti media sosial Siti Jamumall mendakwa rakan baiknya telah melakukan pengkhianatan terhadap dirinya. Kesal dengan apa yang berlaku, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 27, tidak menyangka wanita berkenaan yang juga merupakan usahawan tergamak melakukan tindakan yang boleh mengeruhkan lagi hubungannya dengan suami iaitu Aiman Tak Kesah.

“Cukuplah rasa dipijak teruk, hanya saya yang tahu apa yang berlaku malam tu… memang berlaku pergdhn besar, tak sangka musuh dalam selimut rupa-rupanya orang yang saya percaya. Orang yang baik dengan saya dan paling memahami… ceritanya saya tak benarkan suami iaitu Aiman buat live dengan seorang perempuan bernama Jenny sebab mereka sebelum ini ada hubungan.

Malam tu saya kena teruk dan hanya Allah saja tahu keadaan saya ketika itu. Penipuan satu demi satu terbongkar dan memang tak sangka,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.